Skip to the form

RUTIN KEWANGAN FREELANCER

Income tak tetap, tapi kewangan masih boleh tersusun.

Panduan praktikal untuk freelancer, content creator, affiliate dan solopreneur yang mahu mula mengurus kewangan dengan lebih teratur.

Tak perlu tunggu income besar untuk mula susun kewangan.

Mungkin bulan ini anda dapat RM5,000. Bulan depan RM2,000. Ada masa banyak job masuk, ada masa pula client lambat bayar.

Bila duit bisnes dan duit peribadi bercampur, susah nak tahu berapa sebenarnya yang anda dapat, berapa yang sudah dibelanjakan dan berapa yang boleh digunakan untuk diri sendiri.

Sebab itu, anda perlukan satu rutin kewangan yang mudah dan boleh diamalkan.

Bukan sistem accounting yang rumit. Just a simple money routine that works for you.

DAPATKAN EBOOK + MONEY TRACKER

Kulit ebook Rutin Kewangan Freelancer


Apa yang anda akan belajar?

01 — Fahami Dunia Freelancer

Fahami tanggungjawab kewangan apabila bekerja sendiri, termasuk perkara asas berkaitan pendaftaran bisnes, caruman dan perlindungan.

02 — Setup Asas Sebagai Freelancer

Belajar mengasingkan duit bisnes dan peribadi, menetapkan Personal Pay serta membina simpanan untuk kecemasan, perbelanjaan yang dirancang dan bulan yang kurang job.

03 — Bina Sistem Kewangan

Belajar cara merekod income dan expenses, memantau invoice, menyusun dokumen serta membuat semakan kewangan secara konsisten.

04 — Bersedia Untuk Cukai

Fahami asas tanggungjawab cukai freelancer, rekod yang perlu disimpan dan langkah awal untuk membuat persediaan sebelum musim e-Filing.

Setiap bab dilengkapi Action Plan supaya anda tahu apa yang boleh dibuat selepas membaca.


Bukan ebook sahaja. Anda juga dapat Money Tracker!

Anda tak perlu bina spreadsheet sendiri dari kosong.

Pakej ini turut disertakan dengan Freelancer Money Tracker, template Excel ringkas untuk membantu anda mula merekod dan memantau kewangan bisnes.

Dengan tracker ini, anda boleh:

  • Rekod pendapatan dan perbelanjaan bisnes.
  • Pantau invoice dan bayaran pelanggan yang masih tertunggak.
  • Lihat ringkasan kewangan bulanan secara automatik.
  • Semak lebihan operasi berdasarkan transaksi yang direkodkan.
  • Buat anggaran awal cukai dan zakat untuk tujuan perancangan.

Just record, review and build better money habits.


Apa yang anda akan dapat?

01 — Ebook Rutin Kewangan Freelancer

Panduan 51 halaman yang ditulis dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami, dengan contoh praktikal dan Action Plan.

02 — Freelancer Money Tracker (Excel)

Template dengan 9 sheet untuk merekod transaksi, memantau bayaran pelanggan dan menyemak ringkasan kewangan bisnes.

03 — Panduan Penggunaan Money Tracker (PDF)

Panduan langkah demi langkah untuk membantu anda memahami cara menggunakan template Excel.

Semuanya dalam bentuk digital. Boleh digunakan mengikut masa dan keselesaan sendiri.


Siapa yang sesuai menggunakan ebook ini?

Ebook ini sesuai untuk anda yang:

  • Baru bermula sebagai freelancer atau solopreneur.
  • Bekerja sebagai content creator, affiliate atau menyediakan servis sendiri.
  • Mempunyai pendapatan yang berubah-ubah setiap bulan.
  • Belum mempunyai sistem untuk merekod dan memantau duit bisnes.
  • Mahu membina rutin kewangan tanpa perlu belajar accounting yang kompleks.

Start small. Stay consistent.

Anda tak perlu menjadi pakar kewangan untuk mula mengurus duit sendiri.

Mulakan dengan merekod apa yang masuk, memahami apa yang keluar dan membina rutin yang boleh diulang setiap bulan.

Sedikit demi sedikit, anda akan mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang kewangan bisnes anda.

Your income may be unpredictable, but your money system can be organised.

RM39 sahaja

Ebook + Excel Money Tracker + Panduan Penggunaan

SAYA NAK MULA SUSUN KEWANGAN

Nota: Ebook dan Money Tracker ini disediakan untuk tujuan pendidikan serta pemantauan kewangan asas. Ia bukan perisian perakaunan atau pengganti khidmat akauntan, ejen cukai dan nasihat profesional yang bersesuaian.